top of page

PENGENALAN

Best Practice ataupun Amalan Baik merujuk kepada pelbagai aktiviti,dasar dan pendekatan yang dijalankan oleh pensyarah untuk mencapai perubahan positif dalam sikap atau tingkah laku akademik pelajar.Perubahan positif yang dicapai oleh pelajar sepatutnya disebarluas, dikongsi dan dicontohi oleh warga pendidik yang lain. Amalan ini dapat melahirkan graduan yang holistik, menghayati nilai-nilai patriotisme dan jati diri beracuan Malaysia serta menguasai kemahiran insaniah ke arah memenuhi kebolehpasaran kerja.Ia juga bakal memberi impak positif kepada politeknik dan kolej komuniti dalam proses menjadi institusi TVET terululung di Malaysia.

OBJEKTIF

Mengumpul idea dan amalan baik pensyarah dari politeknik dan kolej komuniti dalam proses penyampaian kurikulum yang memberi impak positif kepada pelajar dan institusi.

​

Menyebarluas amalan baik khususnya dalam memantapkan pelaksanaan kurikulum di kalangan warga politeknik, kolej komuniti dan masyarakat luar.

​

Memberi penghargaan kepada amalan baik yang efektif, kreatif dan inovatif.

​

Mengumpul idea untuk dijadikan bahan penulisan inovasi.

new.JPG

Bengkel Penulisan Laporan Inovasi

bottom of page